Sony Membangunkan Teknologi Bateri Baru Menggunakan Sulfur

956
- Iklan -

1

Semakin banyak syarikat memberikan fokus dalam pembangunan teknologi bateri yang lebih efektif, dan Sony juga tidak ketinggalan dalam usaha ini. Nikkei melaporkan Sony sedang giat membangunkan bateri berasaskan sulfur yang mampu memberikan 40% lebih tenaga dari bateri lithium dan mempunyai faktor fizikal yang lebih kecil. Oleh kerana itu Sony menjangkakan peranti masa hadapan akan lebih nipis jika dimuatkan dengan bateri sulfur. Pada masa yang sama Apple dikatakan berminat dengan usaha yang sedang dilakukan syarikat Intelligent Energy dalam membina bateri hidrogen yang mampu mebekalkan kuasa kepada iPhone selama seminggu.