
Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkasa semangat kebersamaan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui kesalinghubungan, untuk menyokong satu sama lain dalam tempoh yang mencabar ketika menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina. Hari ini, rakyat Malaysia boleh bersama Celcom dalam acara ‘potluck’ maya, “Chinese New Year Grand Union”, yang menggabungkan kuasa kesalinghubungan dan juga keenakan hidangan yang menjadi asas untuk berkumpul bersama.

Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini agak berbeza kerana rakyat Malaysia sedang menjalankan peranan mereka untuk memastikan orang tersayang kekal selamat dan terlindung daripada bahaya dengan duduk di rumah. ‘Chinese New Year Grand Union’ maya oleh Celcom ini menggunakan teknologi untuk mencipta suasana perayaan dan kemeriahan Tahun Baru Lunar serta menekankan kekuatan perpaduan, yang amat penting dalam tempoh mencabar ini.
Bermula 4 Februari 2021 hingga 6 Februari 2021, rakyat Malaysia boleh menyertai ‘potluck’ maya ‘Chinese New Year Grand Union’ Celcom dengan menyediakan makanan kegemaran dan hidangan Tahun Baru Cina yang terbaik, dan mempersembahkannya secara maya di hadapan barisan hakim dalam acara tersebut.
Peserta dialu-alukan untuk bercerita tentang kisah di sebalik hidangan mereka dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM888 melalui e-dompet Boost di samping bermesra dengan artis tempatan seperti Elizabeth Tan dan Jinnyboy, menyertai kuiz dan memenangi ganjaran disediakan. ‘Potluck Maya Grand Union’ akan disiarkan melalui laman Facebook Celcom pada 10 Februari 2021, 7 petang.

Selain itu, dengan bantuan kesalinghubungan dan teknologi, Celcom akan mengukuhkan lagi kekuatan perpaduan dengan filem pendek – The Story of our Strength, yang memaparkan detik kesukaran dan perjuangan di masa lalu. Video musim perayaan tersebut selari dengan kawalan yang dilalui oleh rakyat Malaysia hari ini dan sebagai peringatan tentang kekuatan dan keupayaan untuk mengatasi keadaan seperti itu boleh ditemui dalam diri kita sendiri. Klik di sini untuk menonton video tersebut!
Untuk maklumat lanjut bagaimana rakyat Malaysia boleh bersama dan meraikan dengan hidangan Tahun Baru Cina yang digemari, layari https://www.celcom.com.my/personal/cny-2021-grand-union