

Buat pertama kalinya, PUBG PC dan PUBG MOBILE bergabung tenaga untuk pertarungan akhir tahun yang bersejarah dengan PUBG UNITED 2025, yang menyatukan KEJUARAAN GLOBAL PUBG (PGC) dan KEJUARAAN GLOBAL PUBG MOBILE (PMGC) di satu pentas global. Dengan hadiah keseluruhan USD3,000,000 yang menakjubkan untuk dimenangi dan ini akan menjadi perlawanan akhir yang paling mendebarkan dalam sejarah PUBG.
Bersedialah untuk musim e-sukan mudah alih yang mendebarkan kerana INFINIX ialah Penaja Telefon Permainan Rasmi untuk PMGC 2025!!
Dalam format baharu untuk PMGC tahun ini, pertandingan bermula dengan The Gauntlet, di mana 16 wakil PMSL dari setiap wilayah akan bertarung untuk 7 tempat Teratas di peringkat akhir. Mereka yang tidak layak akan mara ke Peringkat Kumpulan.

Dalam peringkat Kumpulan, pasukan Gauntlet akan dibahagikan kepada dua kumpulan, GREEN (28-30 Nov, 2025) dan RED (2-4 Dis, 2025), bersama-sama pasukan terbaik dari negara yang berbeza. Hanya 3 Teratas akan mara ke Pusingan Akhir, manakala 5 Terbawah akan disingkirkan. Pasukan yang berada di kedudukan antara akan mara ke Peluang Terakhir (Last Chance), di mana hanya 2 Teratas akan mara ke Pusingan Akhir.
Hanya lapan pasukan dari Asia Tenggara yang layak ke kejohanan ini, termasuk wakil tunggal Malaysia, ALLIANCE (dahulunya CelcomDigi Alliance). Dalam kehadiran keempat berturut-turut mereka, ALLIANCE berjaya menduduki tempat ke-15 dalam Pusingan Akhir 2023 tetapi gagal layak ke Pusingan Akhir 2024. Adakah mereka dapat bersinar lebih cerah kali ini?
Pasukan Asia Tenggara akan menyasarkan untuk mengatasi rekod prestasi 5 Teratas mereka yang kukuh, dengan D’XAVIER berjaya menduduki tempat 5 Teratas di PMGC 2021 dan 2023, dan VOIN Esports menamatkan saingan dalam 5 Teratas pada tahun 2024. Menambah keseronokan, kelima-lima MVP Pusingan Akhir PMGC yang lalu akan bertanding tahun ini, menjadikan PMGC 2025 sebagai perhimpunan sebenar bakat-bakat terbaik dunia.

“Tahun ini akan berakhir, dan ia akan berakhir dengan penuh gemilang dengan kejohanan akhir ini. Saya sangat berbangga dan teruja kerana ALLIANCE telah berjaya di pentas global, dan saya mendoakan kejayaan sepenuhnya untuk pasukan Malaysia kami. Kami juga amat berterima kasih atas sokongan rakan kongsi kami, yang memungkinkan peluang seperti ini,” kata Eugene Chin, Pengurus Negara untuk Tencent Games di Malaysia.
Pusingan Akhir akan diadakan pada 12-14 Disember 2025 di DEWAN PARAGON, SIAM PARAGON. Tiket diperlukan untuk merasai pertandingan yang mengujakan, gerai dan aktiviti di lapangan, jadi belilah tiket anda hari ini: https://www.ticketmelon.com/PUBGmobileesports/pmgcfinals2025/
Kejohanan Global PUBG MOBILE (PMGC) 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial rasmi PUBG MOBILE:
| Laman PUBG MOBILE Malaysia | Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia |
| Facebook: PUBG MOBILE Malaysia | Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia |
| Instagram: @pubgmobilemyofficial | Instagram: @pubgmobile.esports.my |
| TikTok: @pubgmofficialmy | TikTok: @pubgmobile.esports.my |
| Youtube: PUBG MOBILE Malaysia |

