Xiaomi Sindir HUAWEI Di Media Sosial?

Budaya sindir-menyindir dalam kalangan syarikat pengeluar telefon pintar bukanlah satu hal yang baru. Bahkan, perkara seperti ini juga telah banyak kita lihat bila masing-masing berusaha untuk tampil terbaik.

Terbaru, Xiaomi telah menarik perhatian warga maya apabila mereka memuat naik bebarapa posting yang dilihat seolah-olah memerli peranti terbaru keluaran HUAWEI iaitu siri HUAWEI P30.

Menerusi entri berkenaan, Xiaomi dilihat memuat naik sekeping gambar memperlihatkan senarai harga HUAWEI P30 dengan kapsyen ‘pedas’ –  “Is this really necessary?”. Melalui posting berlainan pula, Xiaomi dilihat membuat “meme” lucu mengenai spesifikasi yang ada pada HUAWEI P30.

Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian dan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Tidak ketinggalan, Xiaomi dilihat turut mengambil kesempatan membandingkan spesifikasi asas Xiaomi Mi9 dan HUAWEI P30.

https://www.facebook.com/xiaomiglobal/photos/a.260176487351285/2192874060748175/?type=3&theater

You might also like