

OPPO yang merupakan salah satu peneraju jenama telefon pintar, kini melaksanakan promosi eksklusif bagi peminat OPPO pada Krismas dan tahun baru ini. OPPO Krismas dan jualan tahun baru tersedia di atas platform atas talian dan Offline dari 19 Disember 2018 sehingga 2 Januari 2019.
Pelanggan yang membeli mana-mana telefon OPPO terpilih yang disertakan dengan VOOC/SuperVOOC Flash Charge seperti OPPO R17 Pro, OPPO F9, OPPO Find X atau OPPO R15 Pro akan diberi ganjaran iaitu Tumbler eksklusif.
Hadiah bagi setiap pembelian hanya terpakai bagi telefon OPPO terpilih sahaja dan boleh didapati di OPPO Concept Store, kedai pengedar sah, atau atas talian di rakan e-Commerce OPPO iaitu Lazada, 11Street and Shopee.

Sebagai tambahan bagi Celcom, setiap pembelian OPPO R17 Pro di kedai Celcom, akan mendapat NEO Smartwatch bernilai RM389. Celcom menawarkan OPPO R17 Pro
melalui EasyPhone™ yang didatangkan dengan harga istimewa iaitu RM111 sebulan selain First Platinum Plus 188.
OPPO R17 Pro yang dijual pada harga RM2699 kini tersedia dengan 2 pilihan warna iaitu Radiant Mist dan Emerald Green. Peranti yang bersaiz 6.4 inci ini disertakan dengan Ultra Night Mode yang mampu untuk merakam dalam kabur dan menukar keadaan tersebut dengan lebih jelas.

OPPO R17 Pro disertakan dengan kamera yang mempunyai smart aperture F1.5/F2.4 yang dibina untuk mempertingkatkan kejelasan pada warna yang kabur dan gelap yang membenarkan cahaya yang lebih masuk. Apabila keadaan sekeliling semakin cerah, ia akan menutup dengan pantas bagi mengelakkan glare yang secara langsung menjadikan gambar lebih cantik dan berkualiti.
OPPO R17 Pro merupakan R-series yang pertama yang dilengkapi dengan teknologi SuperVOOC Flash Charge. Ia boleh mengecas sehingga 50W dan memenuhkan bateri kepada 40% dalam masa 10 minit. Dengan tawaran-tawaran yang diberikan, Pembeli boleh terus pergi ke mana-mana outlet bagi mendapatkan OPPO R17 Pro sementara stok masih ada.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OPPO, 11Street, Lazada, Shopee dan Facebook rasmi OPPO .
baca juga:
- RESTOK LAGI! OPPO R17 Pro Kini Telah Datang Kembali
- [ Kongsi Gambar ] Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa OPPO R17 Pro
- Tak Perlu ‘Pick-Up Line’, 6 Rahsia Pada OPPO R17 Pro Cukup Padu ‘Tackle’ Hati…
- [Zon Perbandingan] OPPO R17 Pro / Huawei Mate 20 / Samsung Galaxy A9 (2018)
- OPPO R17 Pro Kini Tiba Di Malaysia, Boleh Didapati Pada Harga RM 2,699
- Dapatkan OPPO F9 Dengan Hanya RM1,199 Sempena Raikan Hari Krismas

