
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengembangkan ekonomi digital demi mendorong pemulihan ekonomi Malaysia, Lazada sekali lagi akan berganding bahu dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan produk tempatan sepanjang inisiatif ‘Shop Malaysia Online’ (Beli-Belah Malaysia Dalam Talian) dan ‘Go- eCommerce’ (Manfaatkan eDagang), yang akan diadakan secara serentak dari 1 Julai – 31 Disember di Lazada.

Kempen ‘Shop Malaysia Online’ anjuran Lazada akan memainkan peranan aktif mempromosi perniagaan dan produk tempatan dengan diskaun 50% yang menarik dan ‘Crazy Flash Sale’, bersama Penghantaran Percuma Setiap Hari untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menyokong “local” atau perniagaan tempatan sebagai sebahagian daripada kempen “Shop Malaysia Online”. Sementara itu, kempen Go-eCommerce anjuran Lazada pula akan membantu PKS tempatan yang masih mempertimbangkan sama ada mahu beroperasi secara digital untuk meruntuhkan tembok yang menghalang penglibatan mereka. Selain daripada insentif kempen, penjual baharu juga boleh memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada bernilai RM1,500, komisen dan kos permulaan sifar untuk mengambil kesempatan daripada manfaat besar eDagang di Lazada sepanjang kempen.
Kempen ‘Shop Malaysia Online’ Lazada akan menawarkan insentif tambahan kepada pengguna apabila mereka membeli-belah ‘local’ di dalam talian dengan diskaun 50% menerusi baucar dan ‘Crazy Flash Sale,’ dan juga insentif Penghantaran Percuma harian sepanjang hari menerusi pautan ini.
Dalam usaha menambah keseronokan kempen, pengguna Lazada Wallet boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Wallet Heartbeat Experience’ untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa daripada Photobook, KaoDim dan Pacificia. Setiap urus niaga ‘Lazada Wallet’ (Dompet Lazada) melayakkan pengguna menerima satu penyertaan.
Sepanjang kempen, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik:
- Baucar potongan 50%
- Potongan 50% bagi ‘Crazy Flash Sale’
- Diskaun 50% ‘Brand Mega Offer’
- Penghantaran Percuma Setiap Hari
- Nikmati potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan ‘Lazada Bonus’
Diadakan secara lebih menyeluruh berbanding edisi terdahulu, kempen ‘Shop Malaysia Online’ tahun ini yang tidak patut dilepaskan oleh rakyat Malaysia. Para pembeli boleh menikmati potongan 50% di seluruh gedung daripada jenama-jenama utama seperti Senheng, Old Town White Coffee, Khind, Secret Recipe dan Fipper dari 1 Julai hingga 2 Julai. Pembeli juga boleh menantikan tawaran harian ‘Brand Mega Offer,’ pulangan tunai menerusi Coins dan Baucar 55% ‘Wallet Sundae.’
Memandangkan perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan dalam negara yang sedang dilaksanakan, Lazada berhasrat untuk menyokong industri-industri tempatan yang terjejas dengan meningkatkan kehadiran mereka di platform ini dan menghubungkan mereka kepada lebih 1 dalam 3 rakyat Malaysia yang kini membeli-belah di Lazada. Manfaatkan ‘Go-eCommerce’ dengan pakej rangsangan Pintar Niaga yang ditambah baik di Lazada.
Inisiatif Go-eCommerce di Lazada, yang dibiayai bersama oleh Lazada dan MDEC, akan membantu hampir 40,000 PKSM tempatan memulakan perjalanan digital masing-masing dan meningkatkan pendedahan dan jualan menerusi insentif terpilih program tersebut. Untuk melayakkan diri menyertai kempen, penjual individu mestilah merupakan PKSM Malaysia. Perniagaan tempatan yang mahu berhijrah ke dalam talian digalakkan mendaftar di sini: https://bit.ly/3zM6ZCK
Mulai 1 Julai, penjual baharu yang mula beroperasi secara digital di Lazada menerusi kempen Go-eCommerce layak untuk memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga yang ditambah baik dengan manfaat bernilai sehingga RM1,500 dan juga:
- Komisen dan yuran penyenaraian 0%
- Kredit ‘Discovery’ RM300 percuma yang ditaja
- Baucar penghantaran percuma selama 30 hari.