U Mobile Bekerjasama Dengan MPI Generali – Menawarkan Insurans Am Kepada Pengguna

Wong Heang Tuck, CEO U Mobile

U Mobile hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MPI Generali Insurans Berhad (MPI Generali) bagi menyediakan pelbagai penyelesaian insurans am kepada pelanggan U Mobile. Melalui kerjasama ini, pelanggan U Mobile kini mampu melanggan, mengurus serta meninjau semula pelan insurans am mereka menerusi telefon bimbit.

Kerjasama ini membolehkan U Mobile menyediakan pilihan insurans yang mampu dimiliki dengan lebih mudah, kerana semua urusan dan pembelian dapat dibuat melalui telefon bimbit sahaja.

Akan datang, para pelanggan boleh menggunakan platform aplikasi mudah alih U Mobile untuk mendapatkan perkhidmatan pembelian pelan insurans MPI Generali. Ini juga akan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan perlindungan insurans di kalangan rakyat Malaysia.

Hubungan kerjasama antara U Mobile dengan MPI Generali telah bermula sejak tahun 2016 apabila syarikat insurans ini menyediakan insurans perjalanan bagi pelanggan tetap U Mobile menerusi program kesetiaannya, ‘U Special’. Program tersebut mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, sekaligus menggalakkan U Mobile untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan MPI Generali Malaysia.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Malaysia, Oliver Tan. Penyelesaian-penyelesian insurans am MPI Generali bakal disediakan kepada pelanggan U Mobile bermula dari suku kedua tahun 2018. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang U Mobile.

You might also like