

Jabra yang dikenali sebagai jenama terkemuka dalam penghasilan produk komunikasi dan bunyi hari ini melebarkan sayap dengan memperkenalkan Jabra Evolve 75e. Jenama dari Amerika Syarikat ini juga telah mengguna pakai rekaan earbud buat pertama kalinya dalam siri ini.
Jabra mengatakan rekaan sedemikian amat sesuai digunakan dalam persekitaran yang bising malah mereka juga telah menambah teknologi pembatalan bunyi aktif dalam Evolve 75e. Melaluinya, fon telinga ini juga turut dibangunkan dengan sistem mikrofon yang unik supaya setiap panggilan yang dibuat sentiasa berkualiti tinggi.

Rekaan kerangka utama Evolve 75e yang ergonomik juga membolehkan pengguna menyesuaikannya di dalam persekitaran pejabat atau di luar pejabat. Pengiktirafan UC-certification juga menjamin kualiti dalam komunikasi persidangan dan pemacu UC-adoption pula memudahkan sambungan antara telefon pintar dan komputer.
Jabra Evolve 75e akan berada di pasaran Malaysia seawal tahun hadapan dengan tanda harga USD404 (kira-kira RM1,694) seunit. Pembelian boleh dibuat melalui Gladys Kong, Pengurus Besar Jabra Malaysia di talian 012-2577305 atau e-mel di gkong@jabra.com.

