Sarung Pelindung HUAWEI P40 Pro Terdedah – Rekaan Kamera Persegi Panjang

Berita ketirisan mengenai siri HUAWEI P40 semakin banyak dengan gambaran reka bentuk yang menggunakan rekaan persegi panjang bagi kamera utama, namun masih tidak ada lagi mana-mana pihak yang boleh mengesahkan kesahihannya.

Terkini, laman sesawang tertiris pula rekaan sarung pelindung HUAWEI P40 Pro yang dinafikan bahawa akan menggunakan modul kamera utama persegi panjang tanpa bicu audio 3.5mm. Melalui perkongsian gambar, P40 Pro menyokong USB Type-C dan tiada butang suara disediakan bermakna ia berfungsi secara sentuhan seperti pada Mate 30 Pro.

Menurut kenyataan rasmi dari Richard Yu sebelum ini, siri HUAWEI P40 akan diumumkan di Perancis pada bulan Mac 2020 dan ia tetap menggunakan sistem operasi EMUI berasaskan Android.

URA-URA SIRI P40…

 

 

You might also like