CES 2020: ASUS Perkenal Peranti Gaming Terbaharu Zephyrus G15 & G14 – Tampil Dengan 240Hz Panel!

Zephyrus G15

Bersempena dengan CES 2020 yang berlangsung di Las Vegas, ASUS tidak melepaskan peluang memperkenalkan produk ROG terbaharunya yang dikenali sebagai ASUS Zephyrus G15 dan G14. Komputer riba ini merupakan model terbaru dengan rekaan ultra nipis berprestasi tinggi.

ASUS Zephyrus G15

Zephyrus G15 tampil dengan reka bentuk yang unik dan nipis iaitu 19.9mm dan berat hanyalah 2.1kg, mempunyai skrin bersaiz 15.6 inci non-glare FHD yang pastinya memberikan paparan yang terbaik kepada pengguna dan tampil dengan IPS level panel 240Hz.

Keupayaan dalaman peranti ini tidak dapat disangkal lagi, sangat baik kerana tampil dengan AMD Ryzen 7 4800HS yang mampu melaksanakan multitasking. Di samping itu, ia juga tampil dengan 2 varian grafik iaitu NVIDIA GeForce RTX2060 6GB GDDR6 dan NVIDIA GeForce GTX1660 Ti 6GB GDDR6 yang nyata akan memberikan kesan grafik yang terbaik ketika bermain game.

Kehebatan grafik ini disokong oleh aspek memori yang sangat baik iaitu sehingga 32GB DDR4 3200MHz, bersama 2 varian storan iaitu 1TB/512GB M.2 NVMe PCIe SSD. Dari aspek bateri juga, disertakan dengan 76Wh 4-cell Lithium-ion yang memberikan daya tahan yang baik ketika menggunakannya.

 

ROG’s Intelligent Cooling philosophy turut membenarkan peranti ini melaksanakan tugasan dalam keadaan yang lama namun masih mengekalkan suhu yang baik pada komputer riba ini.

 

ASUS Zephyrus G14

Bagi model Zephyrus G14 pula, ia tampil lebih nipis berbanding G15 iaitu hanya 17.9mm tebal dan berat 1.6kg sahaja. Spesifikasi dalaman juga berprestasi tinggi, termasuk penggunaan grafik GeForce RTX 2060 yang pertama dalam komputer riba bersaiz 14 inci, serta cip pemproses terbaru AMD Ryzen 4000 Series Mobile Processors.

Prestasi komputer riba ini boleh dijamin baik dengan sokongan memori dalaman yang stabil iaitu sehingga 32GB RAM, serta storan sebesar 1TB M.2 NVMe PCIe SSD. Ketahanan bateri pada Zephyrus G14 agak baik, mampu bertahan sehingga 14 jam bagi sekali isian penuh.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang ASUS, Facebook ASUS, Facebook ASUS ROG dan Twitter.

________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like