
CES 2020 : ACER Perkenal Siri ConceptD 7 Ezel – Bergaya & Penuh Spesifikasi Hebat!
CES 2020 kini membuka tirai, Acer mengumumkan kemaskini untuk penawaran komputer riba keluaran mereka menerusi pengenalan Siri ConceptD 7 Ezel – menampilkan engsel yang membolehkan lima mod penggunaan sekaligus menjadikannya lebih fleksibel dan mudah digunakan. Ia dikatakan boleh ditukar dengan menggunakan GPU Nvidia GeForce atau GPU Nvidia Quadro – bergantung kepada keperluan.
Komputer riba ini dibina dengan paparan bersaiz 15.6″ (3840 x 2160) dengan 100% warna gamut dan penarafan kecerahan tinggi 400-nit. Ia menampilkan sokongan skrin sesentuh dengan sokongan Corning Gorilla Glass 6 sebagai pelindung utama. Selain itu, komputer riba ini juga mempunyai sambungan yang mengagumkan – termasuk 2 port Thunderbolt 3, 2 port USB 3.1, port HDMI 2.0, DisplayPort 1.4 , bicu audio 3.5mm, RJ45 Ethernet Port dan slot kad SD.
Untuk dalaman, Acer ConceptD 7 Ezel dilengkapi dengan pemproses Intel Core Core-10 dengan paduan GPU Nvidia GeForce RTX 2080. Memori digunakan pula adalah 32GB RAM dan 2TB NVMe PCIe SSDs. Manakala, Acer ConceptD 7 Ezel Pro pula didatangkan dengan pemproses Intel Xeon, Nvidia Quadro RTX 5000 GPU, 32GB RAM, 2TB NVMe PCIe SSDs, sokongan memori ECC dan Windows 10 Pro.
Acer ConceptD 7 Ezel kan tersedia di Amerika Utara bermula dari USD 2,699; EMEA bermula dari EUR 2499; dan di China bermula dari RMB 19.999. Untuk Acer ConceptD 7 Ezel Pro pula, boleh didapati di Amerika Utara bermula dari USD 3099; EMEA bermula dari EUR 2999; dan di China bermula dari RMB 21.999. Spesifikasi, harga, dan ketersediaan yang tepat akan berbeza mengikut rantau.