

Meizu meluaskan pasaran mereka ke Malaysia secara rasmi hari kelmarin dengan membawa peranti flagship baru yang dikenali sebagai Pro 6 Plus, yang kuasanya boleh dibandingkan dengan jenama hebat yang lain. Dalam perasmian tersebut, turut diperkenalkan model pertengahan iaitu M5 Note. Kedua-dua peranti ini mendapat perhatian media kerana hadir dengan ciri-ciri yang baik dengan harga yang berpatutan.

Meizu Pro 6 Plus ini hadir dengan paparan skrin 5.7 inci jenis Super AMOLED, resolusi 2560×1440 piksel mempunyai kepadatan piksel 515ppi, sangat berpuas hati jika anda melayani video dan hiburan sepanjang masa.

Walaupun kenipisan peranti ini hanya 7.3mm, bateri yang dimuatkan agak besar berkapasiti 3400mAh di mana turut menyokong pengecasan pantas 24W dengan teknologi mCharge.
Pada bahagian dalaman pula, cip pemprosesan dari Samsung Exynos 8890 sama seperti yang digunakan di dalam Samsung Galaxy S7. Apabila permainan video dibuka, cip grafik Mali T880 MP10 banyak membantu untuk melancarkan permainan tanpa sebarang sekatan.

Kamera utama 12MP menggunakan sensor Sony IMX386, aperture f/2.0 boleh dianggap agak baik. Ditambah pula 10-LED Ring flash menjadikan gambar yang diambil cukup terang dan jelas tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Keupayaan kamera depan agak rendah sedikit jika dibandingkan dengan peranti lain pada masa kini hanya 5MP, tetapi dengan bantuan 1.4ųm saiz piksel bersama f/2.0 aperture masih mampu menawarkan kualiti selfie yang cukup menarik.

Tidak lengkap jika tiada pengimbas cap jari, oleh itu Pro 6 Plus telah meletakkan fungsi ini pada butang Home. Butang Home yang berada di depan ini berupaya menjadi butang back dan tidak seperti peranti Android lain yang menyediakan butang jenis kapasitif.

Ciri yang menarik pada peranti ini ialah 3D Press, iaitu ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti 3D Touch yang ada pada iPhone.

Beralih kepada M5 Note pula, cip pemprosesan Helio P10 Octa-core menjadi jantung pada peranti ini. Dari segi paparan skrin pula, ia hadir dengan 5.5 inci beresolusi HD Penuh yang menggunakan 2.5D glass. Dengan sokongan bateri sebesar 4000mAh, tambahan lagi menyokong pengecasan pantas 18W dengan teknologi mCharge memberi anda masa menunggu yang lebih lama.

Sentuhan kamera utama pada M5 Note adalah 13MP, kehadiran aperture f/2.2 dapat berfungsi bagus pada mod panorama dan burst. Sementara kamera hadapan sama seperti Pro 6 Plus hanya 5MP, tetapi bersama FotoNation mampu menambah kecantikan pada imej swafoto anda. Storan dalaman 32GB dan 3GB RAM menyokong slot microSD tambahan sehingga 128GB.
Seperti yang diperkatakan, harga bagi Meizu Pro 6 Plus adalah RM1,999, manakala bagi Meizu M5 Note pula adalah RM849.
| Spesifikasi | Meizu Pro 6 Plus | Meizu M5 Note |
| Sistem Operasi / UI | Android 6.0 Marshmallow Flyme 5 UI |
Android 6.0 Marshmallow Flyme 5 UI |
| Cipset | Samsung Exynos 8890 | Helio P10 |
| CPU | Exynos M1 2.0GHz x4 + ARM Cortex-A53 1.5GHz x4 | ARM Cortex-A53 Octa-core 1.8GHz |
| GPU | ARM Mali-T880 MP10 | ARM Mali-T860 GPU |
| RAM | 4GB LPDDR4 | 3GB |
| ROM | 64GB | 32GB microSD (sehingga 128GB) |
| Paparan | 5.7 inci Super AMOLED 2560 x 1440 (~518ppi) Always On Display (AOD) 2.5D glass |
5.5 inci 1920 x 1080 (~403ppi) 2.5D glass |
| Kamera Utama | 12MP, Sony IMX386 sensor, 4-axis OIS, f/2.0 aperture, PDAF, 6-element lens, 10-LED Ring Flash |
13MP, f/2.2 aperture, PDAF, 5-element lens, Dual LED Flash |
| Kamera Depan | 5MP, 1.4µm pixel, f/2.0 aperture, ArcSoft, Face AE | 5MP, f/2.0 aperture, ArcSoft, Face AE |
| Bateri | 3400mAh, mCharge 24W | 4000mAh, mCharge 18W |
| Sambungan | WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (5GHz & 2.4GHz), NFC, Bluetooth 4.1, USB 3.1 Type-C | WiFi 802.11 a/b/g/n (5GHz & 2.4GHz), Bluetooth 4.0 |
| Warna | Gray, Silver, Gold | Space Gray, Silver, Champagne Gold |



