Maxis Adalah Duta Perniagaan Samsung Yang Terbesar Di Asia

Maxis sebagai peneraju syarikat telkom di Malaysia hari ini mengumumkan mereka adalah duta perniagaan Samsung yang terbesar di Asia. Ini sebahagian daripada program Duta Peniagaan Samsung (SBA) malah Maxis akan dilatih dan diiktiraf sebagai pakar penyelesaian mobiliti disamping penasihat yang dipercayai di Malaysia.

Kerjasama dengan Samsung B2B dan Maxis kini menawarkan penyelesaian Samsung Knox secara langsung, ia turut merupakan satu set perisian dalam pengurusan, perlindungan, dan penyesuaian peranti mudah alih.

(L-R) Sean Son, Samsung Director of Global Mobile B2B Team, Shanti Jusnita Johari, Maxis Head of Enterprise Marketing & Product, David Kim, Samsung Vice President of Global Mobile B2B Team, Loong Tuck Weng, Maxis¡¯ Head of Enterprise, and Danny Tang, Samsung Head of Enterprise Mobile Business, displaying Samsung Knox.

Manfat-manfaat yang boleh diperoleh daripada kerjasama ini ialah :

  • Cadangan yang relevan – Dilengkapi dengan pengetahuan, alat, latihan, dan pengetahuan teknikal dari Samsung, di samping pasukan jualan Maxis akan dapat memberikan cadangan yang lebih baik.
  • Kecekapan perniagaan – Melalui Knox, perniagaan mempunyai keupayaan untuk mengkonfigurasi dan mengurus jumlah peranti mudah alih yang besar digunakan dalam operasi di beberapa tempat.
  • Keselamatan – Ia amat penting dalam operasi perniagaan hari ini. Terutamanya Penyelesaian Knox, perniagaan boleh menjamin pengurusan dan keselamatan untuk peranti mudah alih pengguna. Antara perkhidmatan yang boleh dinikmati ialah perlindungan aplikasi, kandungan dan data syarikat.

Untuk makluamt lanjut, anda boleh layari penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis

You might also like