
Siri iPhone 11 sudah pun dijual secara rasmi di pasaran tempatan, lain pula Apple Watch Series 5 yang tidak kelihatan pada hari pertama jualan iPhone.
Kini ada berita baik untuk peminat Apple Watch, siri 5 bakal menerima pra-tempahan bermula 25 Oktober melalui Machines. Jam pintar ini akan ditawarkan pada harga seperti berikut:
- GPS 40mm – bermula RM1749
- GPS 44mm – bermula RM1899
- GPS + Cellular 40mm – bermula RM2199
- GPS + Cellular 44mm – bermula RM2349
Siri baharu ini menjadi lebih menarik kerana kali ini ia disertakan dengan sokongan Always On Display pada skrinnya, yang mana akan sentiasa terpasang memudahkan anda melihat waktu semasa tanpa membazir bateri kerana ia masih mampu bertahan sehingga 18 jam.
_______________________
Artikel Berkaitan:
- Pelan Telco Paling Complete Siri iPhone 11!
- Membazirkah Berhabisan Ribuan Ringgit Membeli iPhone 11 Pro Max?
- Kenapa Anda Perlu Stay Guna iPhone XS Max Berbanding Membeli iPhone 11 Pro Max!!!

