

Dengan setiap pembelian mana-mana peranti vivo dari mana-mana kedai konsep vivo bermula dari 1 hingga 31 Disember 2017 ini, pembeli berupaya menyertai peraduan vivo Dreamers yang dianjurkan oleh vivo Malaysia. Peraduan yang akan menobatkan seramai tujuh orang pemenang ini mengkehendaki peserta untuk memuat naik gambar swafoto mereka di laman sosial Facebook.

Baru-baru ini vivo Malaysia telah mengumumkan pemenangnya yang pertama iaitu Dianne, apabila nombor IMEI peranti yang dibelinya telah terpilih untuk vivo memenuhi impiannya yang bermakna. Melalui video yang telah dikongsikan, Dianne ingin menghadiahkan peranti vivo terbaru untuk abang dan juga kakak iparnya yang berhadapan dengan masalah dalam pertuturan agar kedua-duanya boleh sentiasa berhubung dengan lebih cepat berbanding menggunakan telefon lama milik mereka.
Bagi memenuhi impian tersebut, vivo Malaysia telah menaja dua unit vivo V7 untuk abang dan juga kakak ipar Dianne di kediaman mereka pada Sabtu yang lepas (9 Disember 2017).

