
DOOGEE nampaknya bakal menyaingi smartphone kelas pertengahan yang terdapat di pasaran sekarang apabila mengumumkan peranti terbarunya yang diberi nama X5 Max. Bagi yang tidak tahu, DOOGEE pernah memperkenalkan model X5 dan X5 Pro sebelum ini.
Menampilkan saiz skrin berukuran 5.0 inci HD 1280×720 piksel, terdapat beberapa keistimewaan yang dapat dilihat pada smartphone ini. Di antaranya adalah fungsi pengecaman cap jari yang pantas dipanggil Rapid Fingerprint, kapasiti bateri Li-Ion sebesar 4000mAh yang mampu bertahan selama 20 hari dalam mod standby dan juga lensa penggambaran depan beresolusi 8 Megapiksel menyokong sehingga 36 jenis mod Beauty.
Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow serta dikuasakan bersama MediaTek MTK6580 Quad Core dengan GPU Mali 400, X5 Max hadir dengan sokongan dua kad SIM 4G.
DOOGEE X5 Max bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada pertengahan bulan Jun ini.