
Kemas Kini Android Oreo Pada Xiaomi Mi A1 Membawakan Fungsi Pengecasan Pantas

eRing sebelum ini ada berkongsi berita mengenai penyertaan program Android Oreo beta untuk Xiaomi Mi A1, dan kemas kini terbaru itu dikatakan akan menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaru seperti tahap penjimatan bateri yang lebih efisien, pengimbas cap jari yang lebih pantas dan sebagainya.
Berdasarkan kepada laporan yang diterima, pemilik Xiaomi Mi A1 yang juga merupakan peserta program Android Oreo beta telah berkongsi bahawa kemas kini itu turut membawakan satu lagi fungsi baharu iaitu pengecasan pantas. Jika sebelum ini masa mengecas dari 0% hingga 100% akan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kini ia hanya mengambil masa hanya 92 minit untuk pengecasan penuh.

Sungguhpun begitu, proses mengecas itu bukannya dibuat menggunakan adapter pengecas 5V2A yang ditawarkan sekali dengan pembelian peranti itu, sebaliknya pemilik peranti itu telah menggunakan adapter pengecas 5V4A milik OnePlus 5T.
Sumber: Telecomtalk

