
Kepada yang ternanti-nantikan model terbaru dari Xiaomi, ada berita baik buat anda! Melalui Facebook, Xiaomi telah mengumumkan model terbaharu mereka iaitu Redmi Note 6 Pro akan berada di pasaran pada 20 Oktober ini.
Xiaomi Redmi Note 6 Pro dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, RAM 4GB dan juga bateri berkapasiti 4000mAh. Dikuasakan bersama pemproses Snapdragon 636, telefon pintar ini menawarkan sokongan dwi-kamera utama dan hadapan buat pertama kalinya dengan sokongan ciri kecerdasan buatan pada keempat-empat kamera ini.
Walaupun masih belum mengumumkan harga rasmi bagi telefon pintar ini, kami percaya ianya dibawah RM1000. Xiaomi sendiri dijangka akan mengumumkan harga Redmi Note 6 Pro dalam masa terdekat ini. Sama-sama nantikan!

