CEO Realme Mengacah Hasil Foto Dari Smartphone Pertama Di Dunia Dengan Sokongan Lensa 64MP

1075
- Iklan -

Realme dilihat melangkah setapak ke hadapan apabila syarikat tersebut dikatakan sedang membangunkan smartphone dengan lensa 64MP dan bakal memperkenalkannya kepada umum tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Realme iaitu Madhav Sheth.

Ketua Pegawai Eksekutif Realme, Madhav Sheth kini mula mengacah hasil foto dari lensa 64MP melalui laman twitter rasminya. Beliau dalam catatan di Twitter berkata, Realme bakal hadir dengan pewaris baru tidak lama lagi namun masih berteka-teki mengenai model tersebut. Pada entri yang sama, beliau juga berkata peranti tersebut bakal menjadi smartphone pertama di dunia dengan sokongan lensa 64MP.

Selain daripada menjadi smartphone pertama dengan sokongan lensa 64MP, ia juga bakal menjadi smartphone pertama Realme yang hadir dengan persediaan kamera Quad (Berdasarkan watermark pada gambar). Beliau turut mengatakan bahawa peranti misteri ini bakal dilancarkan di India terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.

[SUMBER]