
Ke Mana Sahaja Anda Pergi, Jejak Hidup Anda Dengan Bergaya Bersama Flex 2
Fitbit telah menambah baik penjejak terkenal dan peneraju industri, Fitbit Flex®, dengan menjadikannya seutas gegelang kecergasan yang sangat nipis dan boleh dibawa berenang, serta dipadankan untuk memenuhi gaya peribadi anda dengan pelbagai aksesori baru yang bergaya.
Dengan ciri senaman yang lebih pintar, Flex 2 boleh menjejak kecergasan anda dengan mudah dan memberi motivasi secara mesra untuk membantu anda kekal aktif sepanjang hari.
Ciri istimewa Fitbit Flex 2:
- Reka bentuk minimalis ultra nipis
Flex 2 menampilkan penjejak yang mudah ditanggal dan diganti, hadir dalam 7 variasi warna untuk disesuaikan dalam kegunaan seharian.
- Pilihan aksesori premium
![5]()
Aksesori yang ditawarkan bersama Fitbit Flex 2
Pilih antara gelang warna keluli tahan karat perak dengan salutan emas 22k atau warna keluli tahan karat merah jambu keemasan, sesuaikan ia mengikut aktiviti anda dan pastikan anda kekal bergaya sambil menikmati fungsi penjejak kesihatan dari peranti ini.
- Mudah dan automatik
![4]()
Aksesori yang ditawarkan bersama Fitbit Flex 2
Penjejakan senaman automatik SmartTrack mengenal pasti senaman terpilih (jalan kaki, larian, perjalanan, mesin elliptical, bersukan, senaman aerobik dan kini berenang). Reminders to Move membantu anda kekal aktif dengan peringatan mesra untuk mencapai sasaran kecil seperti bilangan langkah setiap jam dan mengurangkan masa tidak aktif. Sasaran senaman mingguan peribadi akan membantu anda mengamalkan rutin konsisten dan mengekalkan motivasi.
Paparan LED ringkas menggunakan lampu berkod warna untuk menunjukkan kemajuan anda mencapai matlamat harian, dan memastikan anda tetap boleh dihubungi dengan notifikasi panggilan dan teks.
Fitbit Flex 2 berharga RM450 hadir dengan gelang kecergasan klasik dalam warna hitam, ungu muda, merah tua atau biru kelasi.
- Gegelang aksesori kecergasan 3-pek klasik dalam warna merah jambu (merah jambu muda, ungu muda dan merah tua) dan Sport (kelabu, biru kelasi dan kuning) (RM130).
- Aksesori dalam warna emas, merah jambu keemasan (RM450) dan keluli tahan karat perak (RM420).
- Aksesori loket dalam warna keluli tahan karat emas (RM450) dan perak (RM390).




