‘Rahsia’ Bagaimana HONOR 20 Pro Berjaya Ungguli Kedudukan Terbaik Dalam Penilaian Skor DxOMark

1089

Apakah salah satu ciri utama paling penting dalam pemilihan telefon pintar pada hari ini? Ramai antara pengguna akan berkata kamera! Ya, benar. Sedia maklum, HONOR 20 Pro berjaya menduduki tangga kedua tertinggi dalam penanda aras DxOMark dengan skor sebanyak 111 – perbezaan satu mata dengan tempat pertama.

 

DxOMark: Penanda Aras Saintifik Untuk Kualiti Kamera

DxOMark adalah standard penanda aras dalam industri untuk kualiti imej. Semua peranti mudah alih yang diuji oleh DxoMark akan melalui proses yang menyeluruh. Ujian dijalankan meliputi semua aspek termasuk kestabilan video, warna foto dan banyak lagi. Pengujian terhadap peranti tunggal juga melibatkan pasukan yang terdiri daripada beberapa orang dan dijalankan untuk beberapa hari.

 

Mengapa HONOR 20 PRO Memperoleh Markah Tertinggi Daripada DxOMark

Walaupun HONOR 20 Pro diperkemaskan dengan teknologi pencitraan yang canggih, namun apa yang menjadi satu titik tolak adalah hasil kualiti gambar dan video yang diambil oleh pengguna. Mari kita lihat bagaimana inovasi pada HONOR 20 Pro :

 

  • Exposure & Contrast: : Skor Teratas Dalam Pangkalan Data DxoMark

Situasi pencahayaan rendah adalah antara cabaran besar dalam menangkap gambar yang baik. Itulah sebabnya DxOMark menggelarkan exposure sebagai sub-skor penting kerana ia memberi kesan terbaik kepada semua jenis fotografi. HONOR 20 Pro dikatakan mampu mengendali situasi ini dengan sempurna – baik untuk semua pencayaan dan merakam pendedahan sasaran yang tepat pada makmal DxOMark.

Selain itu, teknologi AI pada HONOR 20 Pro juga berjaya meningkatkan keupayaan pemproses imej. Dikuasakan oleh chipset Kirin 980 (7nm) Dual NPU juga menjadi titik penting – membolehkan pengiktirafan pemandangan pintar, pemprosesan pelbagai dinamik, dan banyak lagi.

 

  • Autofocus : Capai Markah 99 Mata – Keupayaan Terbaik!

Autofokus sering kali sukar diperoleh – terutamanya pada subjek yang bergerak dan pencahayaan kurang baik. Pun begitu, DxOMark berpendapat sistem autofokus pada HONOR 20 Pro adalah sangat baik dan menonjol – ia begitu pantas dan tepat dalam semua keadaan pencahayaan. Sistem autofokus ini berfungsi dengan baik kerana chipset Kirin 980 (7nm) AI – mempunyai pengiktirafan imej untuk pengesanan objek yang canggih sekaligus dapat mengenal pasti serta menumpukan pada garis tubuh manusia dalam masa nyata.

 

  • Zum – Pelaksana Terbaik Untuk Zoom! 

Menurut DxOMark, HONOR 20 Pro merupakan pelaksana terbaik untuk zum dengan skor 79 mata –  sekaligus meletakkan peranti ini menduduki tangga kedua dalam pangkalan data mereka. Ia menyatakan secara khusus bahawa peranti ini baik untuk tembakan zum jarak dekat dalam semua keadaan termasuk cahaya rendah – dengan mengekalkan perincian terbaik. Tembakan zoom jarak sederhana juga pada tahap baik – tidak kira daripada indoor atau outdoor sekali pun.

Salah satu sebab utama HONOR 20 PRO mampu menyampaikan hasil zoom terbaik adalah disebabkan oleh optik yang unggul. Ia mempunyai empat persediaan kamera utama yang direka semula – lensa sudut lebar 16MP untuk tembakan landskap, lensa telephoto 8MP untuk zoom Ultra Clear (3x zoom optikal), lensa makro 2MP untuk close-up dan kamera utama 48MP (Sony IMX586) untuk penangkapan gambar dengan kejelasan dan perincian tambahan. Penstabilan imej optik 4-paksi (OIS) pada kamera utama dan kamera telefoto juga membantu menjadikan objek jauh kelihatan lebih jelas dan tajam.

 

  • Portrait Photography – Salah Satu Terbaik Yang Pernah Diuji

Depth-of-field effects atau bokeh – adalah salah satu pembezaan utama antara fotografi mudah alih dengan fotografi kamera. DxOMark mendapati bahawa kesan simulasi HONOR 20 Pro juga merupakan salah satu yang terbaik. Keupayaan pengenalan wajah dan objek unggul pada chipset Kirin 980 (7nm), berjaya menarik data daripada kanta berganda HONOR 20 Pro dengan cepat dan tepat sekaligus memisahkan latar hadapan serta belakang untuk kesan bokeh yang professional.

 

  • Keupayaan Video – Tahap Perincian Terbaik Merentas Semua Peringkat Cahaya

Menurut DxOMark, HONOR 20 Pro berjaya menjaringkan markah sebanyak 97 mata untuk video. Selain penstabil imej optik 4-paksi (OIS), HONOR 20 PRO juga menstabilkan video dengan elektronik (EIS) dan penstabilan imej AI (AIS).

Dual-ISP pada chipset Kirin 980(7nm) mempunyai saluran paip video khusus untuk meningkatkan kejelasan video secara berkesan dan mengurangkan kelewatan tembakan sebanyak 33% berbanding generasi terdahulu.