
Pastikan Setiap Denyutan Dikira dengan Charge 2
Fitbit, syarikat peranti kecegasan terulung di dunia, telah menaik taraf Fitbit Charge, gegelang kecergasan paling popular yang merupakan peranti pertama boleh memberikan maklumat kadar degupan jantung secara automatik dan berterusan ke pergelangan tangan anda.
Dengan wajah baru yang lebih bergaya dan skrin mudah dibaca dengan empat kali lebih besar daripada pendahulu, Charge 2 membawakan pengalaman yang lebih menarik, memberi dorongan dan bersifat peribadi untuk membantu anda mencapai matlamat anda.
Ciri istimewa yang ada pada Fitbit Charge 2 adalah:-
Penjejak kadar degupan jantung yang berterusan memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda. Charge 2 menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan dua ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda.
- Mod berbilang sukan
Jejak senaman khusus seperti larian, tunggangan basikal, latihan berat, yoga dan banyak lagi, serta dapatkan ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dalam aplikasi Fitbit
- Sambungan GPS
Menghubungkan gegelang kecergasan anda dengan GPS di telefon pintar untuk memberikan statistik masa sebenar yang lebih jitu dan boleh diambil tindakan, seperti kelajuan dan jarak larian, sambil merakamkan peta laluan dalam aplikasi
- Mod senaman berselang
Memberi panduan kepada anda untuk menggantikan senaman yang lebih tinggi intensitinya dan pemulihan untuk memaksimumkan senaman latihan litar supaya anda dapat memberi tumpuan terhadap senaman anda.
Fitbit Charge 2 sesuai bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak dan melakukan sukan agresif. Reka bentuk tahan lasak dan ringannya membolehkan anda menikmati dan menjalani aktiviti anda tanpa sebarang gangguan.
Fitbit Charge 2 dijangka boleh didapati di Malaysia mulai lewat September di gedung runcit utama termasuk A One Plus, All IT Hypermarket, Courts Malaysia, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack dan Senheng.
Fitbit Charge 2 boleh didapati dengan harga RM730, dalam warna hitam, biru, merah plum atau hijau teal.
- Gelang aksesori kecergasan klasik dalam empat warna, yang dijual secara berasingan (RM130).
- Gelang aksesori kulit premium mewah dalam merah jambu muda, coklat, dan indigo (RM360).
- Akan datang, siri edisi istimewa dalam warna gunmetal dan merah jambu keemasan (RM820).
**Harga di peruncit mungkin berbeza**



