Lakaran Awal iPhone 7 Memperlihatkan Persembahan Garisan Antena Yang Diperbaharui

Lakaran awal yang didakwa milik iPhone 7.
Lakaran awal yang didakwa milik iPhone 7.

Mungkin ramai di antara pembaca di luar sana yang tidak sabar-sabar untuk menantikan kemunculan pertama iPhone 7 secara rasmi dan pastinya ada di antara anda yang ingin tahu apakah kelainan rekaan yang akan dipersembahkan pada model terbaru ini. Mungkin ketirisan maklumat yang telah didedahkan oleh OnLeaks ini sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran awal akan pembaharuan yang dapat dilihat pada iPhone 7 nanti.

Berdasarkan kepada maklumat terbaru ini, jelas dapat dilihat bahawa satu lakaran awal yang didakwa sebagai iPhone 7 telah diperlihatkan yang mana ia jelas mendedahkan rekaan garisan antena yang telah diperbaharui kedudukannya. Bahkan sebuah rendering teknikal juga telah dibuat bagi membolehkan kelainan rekaan garisan antena tersebut pada iPhone 7 dilihat dengan lebih jelas. Berdasarkan kepada ketirisan ini juga, iPhone 7 juga dipercayai akan turut dilengkapi dengan lensa kamera utama yang lebih besar berbanding model sebelumnya.

You might also like