vivo V7 Kini Berharga RM1,199 (Asal RM1,299)

Kepada peminat swafoto, inilah masa yang tepat untuk anda membeli vivo V7. Ini kerana, vivo V7 telah mengalami penurunan harga sebanyak RM100, menjadikan ianya berharga RM1,199 berbanding RM1,299 sebelum ini.

Menampilkan spesifikasi yang sedikit berbeza berbanding V7+ seperti paparan skrin FullView sebesar 5.7 inci beresolusi 720 x 1440 piksel, memori dalaman 32GB serta RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Model terbaru V7 ini turut dilengkapi dengan keupayaan swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi Face Beauty 7.0 bagi mengekalkan keaslian warna gambar. Sempena sambutan 12.12 ini, dapatkan diskaun sehingga 50% untuk telefon pintar vivo di Lazada.

Baca juga: vivo V7, Apa Keistimewaan Serta Keupayaan Prestasinya…

You might also like