
Pengedar rasmi Apple iaitu Machines tidak ketinggalan mengadakan promosi hebat sempena sambutan 12.12 ini. Terdapat beberapa barangan menarik yang ditawarkan bermula 12.12 sehingga 24.12 dengan potongan harga sehingga 80%. Di antara produk yang mencuri perhatian adalah Apple Watch generasi ke-2 yang ditawarkan pada harga RM999 (RM1,649) dan juga iPhone 6 32GB berwarna emas kini berharga RM1,499 (RM1,999).

Bukan itu sahaja, kepada yang ingin mendapatkan iPad inilah masanya, kerana Machines menawarkan iPad Pro 9.7 32GB (4G) berharga RM1,599 (RM3,299) serta iPad Pro 12.9 dengan harga RM1,999 (RM3,499). Manakala MacBook Air berharga RM2,999, MacBook RM3,999 dan MacBook Pro RM7,999 serta barangan lain dengan diskaun sehingga 80% daripada harga asal.
Semua barangan yang dibeli didatangkan dengan waranti selama setahun. Di samping itu, Apple Watch pula akan mendapat pelan pelindungan selama 2 tahun. Bagi yang berminat untuk mendapatkan barangan dari Apple ini, anda boleh menyemak di Machines dan membelinya bermula 12.12 ini.

