
Akhirnya Huawei Mengalah Untuk Menggunakan Paparan QHD Pada Masa Akan Datang
Jika anda masih ingat, pada tahun lalu Ketua Pegawai Eksekutif Huawei iaitu Richard Yu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Huawei tidak akan menggunakan paparan QHD atau 2K yang beresolusi 1440 x 2560 piksel pada peranti keluarannya. Ini kerana pada pendapat beliau penggunaan paparan FHD atau HD Penuh sudah memadai memandangkan mata kasar manusia sukar untuk membezakan di antara kedua-dua paparan ini. Tambahan pula penggunaan paparan 2K boleh mengakibatkan ketahanan bateri yang sangat singkat berbanding paparan jenis FHD.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini nampaknya beliau telah bertukar fikiran apabila mengesahkan penggunaan paparan QHD pada peranti Huawei pada masa akan datang. Keputusan ini dibuat berikutan populariti VR (Virtual Reality) di kalangan pembuat dan juga pengguna di seluruh dunia. Tambah beliau, teknologi VR memerlukan peranti dengan sokongan paparan 2K bagi mendapatkan pengalaman yang terbaik dan disebabkan oleh itulah keputusan tersebut telah diambil.

