Xiaomi Redmi 5A – Rasmi Di Pasaran Tempatan, Berharga RM399

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, Redmi 5A. Ia adalah sebuah telefon pintar berspesifikasi rendah dan mampu milik.

Menampilkan paparan skrin bersaiz 5.0 inci beresolusi HD, ia dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 425, memori RAM 2GB serta storan 16GB. Dari segi penggambaran pula, Redmi 5A dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel, aperture F/2.2 dan kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel, aperture F/2.0.

Xiaomi Redmi 5A menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, serta menyokong dua kad SIM dan kad microSD. Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini di Lazada bermula 12 Disember 2017.

You might also like