iOS 10.3 Bakal Dilengkapi Fungsi Mencari AirPods

1279
- Iklan -

2Tidak lama lagi Apple akan melancarkan versi terbaru sistem operasi iOS, dan pastinya ia akan membawakan fungsi baru, ubah suai dan juga pelbagai baik pulih bug.

Salah satu fungsi menarik yang dikhabarkan bakal hadir bersama iOS 10.3 adalah fungsi Find My iPods. Dari dalam aplikasi, pemilik AirPods boleh memeriksa lokai terakhir AirPods mereka digunakan, lantas mengecilkan skop lokasi pencarian sekiranya AirPods gagal dijumpai. Selain itu, fungsi ini membolehkan AirPods mengeluarkan bunyi bagi memudahkan pencarian anda.

1Tidak lama dahulu, terdapat satu aplikasi di dalam App Store yang menawarkan fungsi yang hampir sama. Aplikasi tersebut menggunakan sambungan Bluetooth dan memaparkan radar jarak untuk anda mencari AirPods. Walau bagaimanapun, Apple telah menarik balik aplikasi tersebut dari App Store.