Menangi Sepasang Tiket Makan Malam Di Udara Dengan Samsung Members!

Kepada pengguna Samsung Members, Samsung Malaysia ingin memberi peluang kepada anda untuk memenangi pengalaman makan malam di atas udara yang berada tengah-tengah Kuala Lumpur. Bayangkan, anda boleh menikmati hidangan lazat seperti di hotel 5 bintang bersama orang tersayang dari ketinggian 150 kaki serta dikelilingi pemandangan yang menakjubkan.

Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil gambar kreatif dan memuat naik ke Samsung Members. Pemenang yang terpilih akan memenangi sepasang tiket untuk makan malam istimewa ini. Mudah sahaja bukan!

Mulai sekarang sehingga 29 April 2018, anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dengan mengikuti cara-cara berikut :

  1. Pilih dan tebus kupon ‘On-The-Spot Coupon’.
  2. Ambil gambar dengan kreativiti sendiri dengan kupon.
  3. Muat naik gambar yang diambil ke peraduan Samsung Members.
  4. Tunggu pengumuman dibuat!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Samsung Members.

You might also like