[Video] Pemilik iPhone X Mampu Memiliki Wajah Halimunan Pada Masa Akan Datang!

Sokongan pelbagai sensor untuk fungsi Face ID pada iPhone X sebenarnya digunakan untuk ciri keselamatan biometrik bagi menggantikan Touch ID. Walaupun penggunaan Face ID ini ada menimbulkan isu seperti yang eRing telah kongsikan pada artikel sebelum ini, sensor yang dimiliki oleh iPhone X ini turut membolehkan pemilik peranti itu untuk menggunakan fungsi Animoji yang mendapat perhatian umum.

Jika Animoji boleh digunakan untuk menukarkan wajah anda ke watak animasi seperti monyet, robot, kucing, mahkluk asing dan sebagainya, kini sudah tidak mustahil untuk pemilik iPhone X untuk menghilangkan terus wajah mereka. Ya, keupayaan ini bakal direalisasikan oleh seorang pembangun aplikasi dari Jepun apabila ia telah berkongsi klip video yang mana sebahagian wajahnya telah dihilangkan atau menjadi halimunan menggunakan aplikasi pada iPhone X.

Menurut Kazuyo Noshiro yang juga merupakan CEO ViRD yang bertanggungjawab menghasilkan aplikasi AR dan VR ini, klip video yang dikongsikan itu sebenarnya merupakan pratonton untuk sebuah aplikasi yang sedang dibangunkan olehnya. Namun masih belum terdapat maklumat terperinci yang didedahkan berkaitan aplikasi tersebut.

Sumber: TheVerge

You might also like