Merakam Gambar Dalam Situasi Low Light melalui Kemaskini AIS Handheld Super Night Shot Mode

- Iklan -

Kini anda tidak lagi perlu tunggu untuk merakam gambar kenangan di bawah cahaya yang mencukupi kerana di situasi low light juga mampu untuk memberikan imej yang mempersonakan.

Beberapa peranti Huawei yang terpilih akan dilengkapi dengan AIS Handheld Super Night Mode untuk membantu pengguna merakam imej di dalam suasana low light.

AIS Handheld Super Night Mode merupakan teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Huawei untuk merakam foto dengan tempoh exposure yang lebih lama tanpa bantuan daripada tripod yang mana ia membenarkan pengguna untuk merakam imej di dalam kondisi low light dan menghasilkan gambar yang natural, cerah dan jelas.

Pengguna mempunyai kelebihan AI handheld detection, AI handheld detection, AI anti-shake processing dan ciri-ciri fotografi AI yang lain bagi memastikan gambar yang diambil berada pada prestasi yang terbaik.

HUAWEI nova 3 merupakan peranti pertama di bawah Nova siri yang dikemaskini dengan ciri-ciri ini awal bulan lalu. Tidak sampai sebulan, AIS Handheld Super Night Mode juga turut tersedia bagi kemasikini pada HUAWEI nova 3i dan akan di keluarkan mengikut kumpulan bermula pada 1 November 2018.

Dalam pada itu, HUAWEI nova 3i mempunyai Kirin 710 processor yang merupakan HUAWEI SoC yang terbaharu dengan keupayaan AI. Disertakan dengan 24MP quad-camera, pengalaman fotografi pada Huawei Nova 3i tanpa mengira gambar atau swafoto.

Harga HUAWEI nova 3i adalah RM1, 299dan boleh di beli di mana-mana kedai Huawei, HUAWEI Online Store, authorized dealers dan rakan telco utama. Bagi setiap pembelian, pelanggan akan menerima Nova VIP Privilege card yang menawarkan hadiah eksklusif dan baucar bernilai sehingga RM1000.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh layari laman web Huawei atau layari Facebook rasmi Huawei.

Baca Juga: 

 

You might also like