Kolaborasi Samsung Dan Porsche Asia Pacific Mempertingkatkan Pengalaman Menonton

932
- Iklan -

Samsung Electronics telah berkolaborasi dengan Porsche Asia Pacific sebagai penghargaan kepada Porshe Experience tahun ini. Berlangsung dari 7 hingga 17 Oktober 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, Porsche Experience adalah salah satu majlis utama yang dijalankan yang mana pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi berkumpul sepanjang hari mengalami pengalaman memandi dengan pengajar pemanduan Porshe. Majlis tersebut juga merupakan platform bagi mempamerkan produk terbaharu dan inovasi dari kedua-dua syarikat iaitu Samsung dan Porshe.

Menurut Presiden dan CEO Samsung Electronics Southeast Asia & Oceania, Mr Steve Lee, Porshe merupakan sebuah syarikat peneraju di dalam industri dan Samsung sentiasa konsisten menerokai peluang untuk mempertingkatkan gaya hidup pelanggannya.

” Sebagai peneraju di dalam industri, Porshe sentiasa ke depan di dalam inovasi dan Samsung sangat berbesar hati untuk menjadi rakan untuk Porshe Experience.

Samsung sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan melalui kualiti dan inovasi teknologi. Kolaborasi ini platform yang ideal untuk mencapai pelanggan yang menawarkan kepada mereka pengalaman dengan produk kami yang premium,” katanya.

Di Porshe Experience, Samsung memaparkan Samsung’s LED for Home displays (IF P1.2) di kawasan taklimat yang mana ia mensimulasikan keadaan ruang tamu yang mewah. Disertakan dengan teknologi yang canggih bagi mempertingkatkan kejelasan imej dan persembahan. Paparan Siri IF merupakan paparan yang canggih yang membawa penglaman menonton yang menakjubkan.

Samsung’s interactive digital display tool Flip digunakan untuk memberi penerangan kepada tetamu tentang arahan memandu dan keadaan litar. Samsung’s 65” UHD Smart Signage dan 49″ Curved Monitor turut dipaparkan pada majlis berkenaan.

Samsung‘s LED bagi Home displays nyata memupuk pengalaman yang sebenar tanpa kekangan dari segi saiz dan bentuk. Samsung berjaya melakukan ini dengan mengurangkan ruang LED Piksel dengan paparan MicroLED teknologi ‘fine pixel pitch’ .

Bagi membantu menghasilkan kediaman dan ruang dalaman yang mana paparannya berada dalam keadaan yang harmoni dengan keadaan persekitaran dan keunikan stail pengunanya, Samsung telah merancang untuk melabarkan Samsung LED untuk barisan produk kediaman dan pembangunan teknologi untu mengintegrasikan paparan tersebut kepada kehidupan seharian pelanggan.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat tentang Samsung’s LED for Home displays, boleh layari laman sesawang Samsung.