
Kita sedia maklum mengenai langkah yang diambil Apple untuk memperlahankan prestasi iPhone kerana masalah bateri. Malah, Apple kemudiannya menawarkan penggantian bateri iPhone dengan harga diskaun sepanjang tahun ini.
Kini anda boleh menggantikan bateri iPhone dalam masa 4 jam sahaja di Machines, salah satu pengedar rasmi Apple di Malaysia. Di antara model iPhone yang boleh diganti bateri ialah iPhone 6, iPhone 6s, iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPhone SE.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bayaran untuk mengganti bateri ini hanyalah RM129 sahaja, tetapi perlu dihantar ke pusat servis sebelum jam 3 petang. Terdapat 4 pusat servis Machines yang boleh membuat penggantian bateri dalam masa 4 jam iaitu cawangan Switch di Suria KLCC, The Curve, Mutiara Damansara dan Northpoint Mid Valley sahaja.
Jika anda seorang yang susah untuk percaya dengan orang lain, ini adalah cara paling pantas untuk memperoleh semula prestasi tertinggi iPhone anda tanpa disekat oleh Apple.

