WeChat Semakin Popular Di Seluruh Dunia – Kini 1 Bilion Pengguna Aktif

Di Malaysia, sesiapa yang menggunakan WeChat dianggap remaja yang tidak matang. Ini kerana ramai diantara remaja di bangku sekolah yang mempunyai akaun WeChat sering memuat naik status yang jelik di ruangan ‘Moment’ mereka. Justeru sesiapa yang menggunakan WeChat walaupun hanya untuk bersembang dengan rakan akan dianggap ‘budak WeChat’ yang dahagakan perhatian.

Walaupun begitu, di negara lain khususnya China, WeChat ialah salah satu aplikasi sembang sosial yang agak popular selain WhatsApp. Hari ini, syarikat yang mengendali aplikasi tersebut, Tencent mengumumkan bahawa WeChat kini mempunyai 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia. Jumlah ini meningkat sejak sambutan Tahun Baru China yang lalu disebabkan ramai pengguna yang menghantar teks ucapan kepada kenalan.

Aplikasi ini juga dikatakan telah dimuat turun di kebanyakan negara seperti di rantau Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Syarikat oleh kalangan pengguna berbangsa China. Di sana, aplikasi ini juga digunakan untuk memesan makanan, memesan kereta sewa, mengakses perkhidmatan bank, membuat aduan kepada polis, dan membuat panggilan ke luar negara.

Dalam masa sama, WeChat kini sedang melakukan kerjasama dengan jabatan kerajaan di China untuk membolehkan rakyat disana membawa kad pengenalan maya dimana lebih mudah untuk disahkan ketulenannya berbanding kad pengenalan fizikal.

Sumber

You might also like