[Tertiris] Ini Mungkin Rupa Sebenar Huawei P20 Pro / P20 / P20 Lite

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja Huawei akan melancarkan peranti induk mereka. Peranti itu akan diperkenalkan pada 27 Mac depan. Melalui kongsian @evleaks, kini gambar barisan Huawei P20 tertiris. Ia memperlihatkan peranti sah akan hadir dengan tiga varian iaitu Huawei P20 Lite (kelas pertengahan), Huawei P20 (kelas atasan), dan Huawei P20 Pro (kelas premium).

Huawei P20

Imej menunjukkan peranti diilhamkan daripada rekaan iPhone X dengan skrin ‘rongak’ di bahagian atas. Dua varian akan tampil bersama sistem dwi kamera manakala versi Pro akan didatangkan dengan sistem tri-kamera. Orentasi kamera utama juga diletakkan secara menegak yang dilihat akan menjadi trend pada tahun ini.

Huawei P20 Pro

Memandangkan Evan Blass sering berkongsi maklumat hampir sahih, telefon ini menggunakan sistem biometrik pengimbas cap jari di bahagian dagu. Bagi kami rekaan sebegini agak tidak seimbang kerana menggabungkan reka bentuk moden dan tradisional. Bagaimanapun, untuk Huawei P20 Lite, pengimbas cap jari disertakan di sebelah belakang.

Huawei P20 Lite

Apa-apapun di minggu yang mendatang kita mungkin bakal melihat lebih banyak gambar bocor disamping maklumat yang lebih terperinci.

Baca juga : [Khabar Angin] Harga Jualan Huawei P20 Didedahkan? Harga Bermula RM1,759…

Sumber

You might also like