Semakin Kuat Mengatakan Huawei P20 Hadir Dengan Tiga Kamera

Pada artikel sebelum ini, kami ada berkongsi maklumat mengenai tarikh pelancaran produk terbaru Huawei iaitu Huawei P20 yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada 27 Mac depan. Spekulasi kuat mengatakan peranti ini bakal ditampilkan dengan tiga model iaitu P20, P20 Plus, dan P20 Lite.

Jika sebelum ini Huawei menggunakan tanda pagar ‘#OO’ untuk setiap peranti dwi kamera mereka, kini Huawei menggunakan tanda pagar ‘#OOO’ pula dalam gambar jemputan kali ini. Maka dengan itu, kita diberi gambaran lebih jelas bahawa syarikat nombor dua dunia ini akan menjadi pengeluar pertama yang menampilkan telefon pintar dengan sistem tiga kamera.

Selain itu, Huawei juga menggunakan ayat “See Mooore with AI” dalam jemputan yang sama. Ini secara tidak langsung mereka cuba menfokuskan ciri tiga kamera yang akan dibawa. Buat masa ini, ada yang mengatakan fungsi kamera ketiga pada peranti ini akan menyokong sensor hibrid sehingga 5x zoom.

Bagaimanapun, ia cuma khabar angin dan masih belum boleh dipastikan. Apa-apapun, kita bakal melihat info yang lebih lanjut pada minggu-minggu yang mendatang atau tunggu sehingga pelancaran rasmi kelak.

Sumber

You might also like