
Pengunjung yang mengunjungi World Urban Forum 2018 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen KL bermula pada 8 Februari sehingga 13 Februari 2018 berpeluang menggunakan transaksi tanpa tunai di Stesen Makanan dengan menggunakan aplikasi vcash.

Selain memudahkan, ia juga lebih selamat bagi pengguna yang datang dalam kumpulan yang ramai. Pengguna perlu memuat turun aplikasi vcash terlebih dahulu, kemudian imbas kod QR yang tersedia dan masukkan jumlah pembayaran yang ingin dilakukan. Setiap pembayaran yang dibuat memerlukan pengesahan transaksi melalui 6 digit PIN mahupun pengimbas cap jari.
Sebagai insentif lain, pengguna vcash juga akan diberi kod diskaun khas yang membolehkan mereka membeli makanan dan minuman dengan diskaun sebanyak RM6.
vcash adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih yang boleh digunakan dengan mudah secara online atau offline. Untuk menggunakan perkhidmatan vcash, pengguna perlu mendepositkan wang ke dalam akaun mereka terlebih dahulu.

