Reviu Eksklusif: Tronsmart Presto, 9 Perkara Yang Perlu Ada Pada Powerbank Masa Kini!

Powerbank merupakan peranti yang penting kepada semua orang, lagi-lagi rakyat Malaysia yang sepanjang masa membelek telefon. Boleh dikatakan setiap individu yang menggunakan telefon pintar mesti ada powerbank diangkut bersama. Tetapi, sedar tak sedar bukan semua rakyat Malaysia peka dengan powerbank yang mereka miliki. Salah powerbank, maka bahaya yang menanti.

Baca Juga: Tronsmart Menampilkan 4 Produk Pengecasan Pantas Terbaru

Jadi, eRing ada satu jenama yang mungkin korang boleh pertimbangkan. Jenama ni mungkin tak biasa korang dengar, tapi bila korang dah baca artikel ni mesti berminat lah! Nama dia Tronsmart Presto, sebuah powerbank sarat dengan teknologi terkini.

Di bawah adalah ciri-ciri yang Tronsmart Presto tawarkan:

1) Ketulenan Dijamin

Kebanyakan powerbank di pasaran adalah jenama berasal dari China. Kadang-kala powerbank yang dijual di kedai-kedai aksesori ini tidak menjual barangan tulen kerana mereka ingin menjual produk pada harga lebih murah.

Set Pembelian

Tetapi dengan jenama Tronsmart Presto, powerbank ini dijamin tulen dan buat masa ini ianya hanya dijual di stor rasmi seperti Lazada, 11street dan Lelong.my.

 

2) Ringan Dan Kompak

Tronsmart Presto memiliki kapasiti bateri sebesar 10,000mAh. Kalau tengok dari luar saiz powerbank ini kecil tapi ia cukup kompak untuk dipegang. Tak seperti powerbank lain, Presto ini direka ringan dan tak membebankan.

Nak pegang pun selesa sebab kulit luaran powerbank ini diperbuat daripada campuran getah dan plastik. Jadi ia tidak licin dan kalau letak di atas meja ia tidak mudah menggelongsor.

 

3) Bicu Pengecasan Pantas

Tahun 2018 sudah masanya korang perlu tukar powerbank lama kepada yang baharu, kebanyakan telefon sekarang menyokong pengecasan pantas. Kalau lupa bawa adapter kuasa, apa nak buat kan? Tronsmart Presto lah jawapannya!

Kalau korang pakai telefon pintar HTC U11, LG G5, Nokia 8, Nubia Z11, ASUS ZenFone 3 Deluxe atau Blackberry Keynote, bila cas tu sekejap je bateri naik. Ada juga telefon lain yang sokong ciri ini, semak senarai gambar di bawah.

Bukan setakat telefon yang sokong QuickCharge 3.0 saja, telefon lain seperti Samsung atau Huawei juga boleh guna ciri ini termasuk telefon Android yang lain yang menyokong pengecasan pantas. Cuma ia tidak lah sepantas mengecas menerusi adapter kuasa, tetapi cukup untuk membantu menjimatkan masa.

Bicu pintar VoltiQ (kiri), bicu QuickCharge 3.0 (kanan)
4) Bicu Berteknologi VoltiQ

Selain bicu pengecasan pantas, di sebelahnya juga terdapat bicu yang dinamakan VoltiQ. Bagi yang belum tahu, VoltiQ berfungsi sebagai bicu pintar yang boleh mengenalpasti peranti yang dicas.

Kalau korang cucuk tablet atau telefon pintar, kuasa yang disalurkan lebih banyak berbanding korang cucuk pada pemain MP3, kamera atau konsol mudah alih (PS Vita, PSP, Nintendo). Kedua-dua bicu ini boleh digunakan secara serentak.

 

5) Tiada Bahan Berbahaya

Bahan berbahaya yang terdapat pada powerbank yang diragui boleh menyebabkan letupan berlaku. Tetapi, dengan Tronsmart Presto ia telah diiktiraf dan mendapat pengesahan RoHS (Sekatan Bahan Berbahaya) daripada kesatuan Eropah. Secara teorinya powerbank ini lebih selamat untuk digunakan malah korang tak perlu nak ragu-ragu lagi.

 

6) Tronsmart Presto Boleh Dicas Pantas

Kalau dah guna powerbank perkara yang paling malas ialah nak cas ia semula. Kalau powerbank lama korang nak kena isi kuasa sehari semalam, tidak dengan Presto. Melalui teknologi canggih, korang tak perlu nak tidur malam baru nak cas. Duduk sembang dekat ruang tamu selama 2-3 jam pun bateri powerbank ini dah boleh penuh. Kami juga ada buat sedikit ujian, lihat jadual di bawah:

Insert pic bateri 1,2,3,4 (combine) caption proses pengecasan pertama (iPhone 6s – 1,715mAh) – 1 jam 50 minit
proses pengecasan ke-2 (iPhone 6s – 1,715mAh) – 1 jam 50 minit
proses pengecasan ke-3 (Mi Mix 2 – 3,400mAh) – 1 jam 33 minit

Powerbank tinggal 1 bar selepas 3 kali pengecasan dibuat.

 

7) Indikator LED

Tidak lah sehebat jenama lain yang ada paparan menunjukkan peratus bateri. Bagi eRing, indikator LED sudah mencukupi untuk lihat kapasiti bateri yang tinggal. Terdapat empat lampu LED berwarna putih di permukaan depan powerbank dan setiap satunya mewakili 2,500mAh.

Untuk proses pengecasan pula, ia lebih mudah untuk diketahui ianya sudah penuh apabila kesemua lampu tersebut menyala tanpa berkelip.

 

8) Kain Sarung Berkualiti

Jangan risau, bila dah beli dalam kotak pembungkusan disertakan juga kain sarung jerut tebal dan berkualiti. Ditambah lagi dengan kabel USB untuk korang memudahkan korang mengecas peranti. Jika tak tahu cara nak guna, terdapat buku manual dan kad sebagai rujukan.

 

9) Harga Berpatutan

Pada harga bernilai RM129, korang dah boleh dapat satu Tronsmart Presto 10,000mAh ni. Lepas beli eRing yakin korang tak akan rasa menyesal. Lagi menarik, dapat jaminan selama 24 bulan (2 tahun) dan berpeluang untuk mendapatkan barangan percuma, diskaun eksklusif, dan ujian reviu dari masa ke semasa.

Beli di laman e-dagang atas talian seperti di bawah:

 

KOMEN…

Kami mengesyorkan kepada korang yang sedang mencari powerbank tu, boleh lah pilih Tronsmart Presto 10,000mAh sebab ianya dijamin selamat dan berkualiti. Ianya juga dijual di stor rasmi dalam talian sekaligus ketulenan tidak boleh diragui. Pada harga yang ditawarkan, Tronsmart Presto antara jenama berkualiti yang paling berbaloi untuk dimiliki setakat ini.

 

 

You might also like