
Celcom Axiata Berhad hari ini telah mengemaskini pelan pascabayar mereka dengan menawarkan pelbagai keistimewaan yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Kini pelanggan Celcom FIRST boleh menikmati pengalaman percutian yang hebat dengan tiket penerbangan pergi balik PERCUMA ke mana-mana destinasi negara ASEAN.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk mendapat diskaun atau rebat ketika membeli-belah secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih.
Bagi pelan FIRST Platinum RM148 (60GB) atau FIRST Platinum Plus RM188 (100GB) selama 12 bulan, anda boleh menikmati tiket penerbangan pergi balik ke 9 destinasi di negara ASEAN. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara percuma.
Bukan itu sahaja, Celcom turut menawarkan keistimewaan bagi pelan FIRST Gold RM80 (20GB), FIRST Gold Plus RM98 (40GB) atau FIRST Gold Supreme RM128 (50GB) yang melanggan selama 12 bulan dengan satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam Malaysia sahaja atau satu tawaran bulanan dari rakan-rakan niaga Celcom.
Untuk maklumat lanjut, layari sahaja laman rasmi Celcom.

