Pelbagai Ganjaran Eksklusif Dari GSC Menanti Pengguna Digi

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah bekerjasama dengan panggung wayang Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif buat pengguna Digi.

Di antara ganjaran yang menanti pengguna Digi adalah harga tiket rata RM8.99 pada setiap hari Khamis serta pilihan kombo popcorn dan lain-lain diskaun apabila menonton filem terkini di pawagam GSC di seluruh Malaysia.

Untuk menikmati ganjaran eksklusif ini, pengguna Digi hanya perlu memuat turun aplikasi myDigi di Apple App Store dan juga Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Digi atau Facebook Digi.

You might also like