
HP PPS Sales Sdn Bhd baru-baru ini telah meraikan para pemenang yang telah berjaya dalam kempen ‘Ini Rayaku bersama HP’ yang telah diadakan sebelum ini. Seramai 19 keluarga telah diraikan melalui pemberian hadiah keseluruhan yang bernilai hampir RM50,000.
Pemenang hadiah utama kempen tersebut iaitu Mohd Al-Zikry Bin Awallul Aznam telah memenangi hadiah rumah terbuka yang ditaja oleh HP dan juga menerima sebuah TV LED bersaiz 50 inci yang bernilai sebanyak RM20,000. Lebih menariknya, Penyampai radio Sinar FM iaitu Salih Yaakob dan Feeya Iskandar juga turut membuat penampilan istimewa di majlis rumah terbuka tersebut.

Manakala seramai 18 orang pemenang hadiah mingguan turut membawa pulang hadiah berupa perkakasan elektrik. Kempen yang dianjurkan sepanjang bulan Jun dan Julai ini hanya memerlukan para pelanggan untuk membuat pembelian produk HP PC bernilai minimum RM300 untuk melayakkan mereka untuk menyertai peraduan berkenaan. Para pemenang kemudian telah disenarai pendek melalui satu permainan panggilan telefon di Sinar FM sepanjang enam minggu kempen itu berlangsung.

