
Bateri iPhone Meletup Sejurus Digigit Lelaki China

Video bateri iPhone yang meletup tempoh hari tular di laman sesawang mendapat perhatian netizen. Seperti biasa, perkara yang pelik dan tragis sering terjadi di China termasuk pada kali ini di Taipei pula.
Menurut sumber di sana, lelaki tersebut cuba menggigit bateri iPhone untuk memastikan ianya adalah asli ataupun tiruan. Malangnya bateri yang digigit itu meletup secara tiba-tiba. Kejadian ini dirakam kamera CCTV yang diletakkan menghala arah kaunter.
Dalam video itu menunjukkan letupan berlaku sejurus bateri itu digigit sebelum ianya diletakkan di atas meja kaunter. Seorang wanita yang disyaki teman lelaki malang tersebut turut menjadi mangsa di tempat kejadian. Letupan itu juga telah disaksikan oleh juruwang dan orang awam yang berada di sekeliling ruang pameran.
Video yang dikongsi di miaopai.com pada 19 Januari lalu telah mendapat tontonan sebanyak 4.45 juta. Bagaimanapun buat masa ini, di Malaysia masih berakal panjang. Apa yang sinonim ialah ‘perkara yang mustahil datangnya dari China’.

