Miliki OPPO F5 Edisi Merah Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Dalam budaya masyarakat cina, warna merah adalah warna luar biasa serta warna yang melambangkan nasib, kebahagiaan dan kegembiraan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, OPPO F5 kini boleh didapati dengan warna merah dan dijual pada harga RM1,298 di seluruh Malaysia.

Gabungan warna merah dan hitam pada OPPO F5 mampu menyerlahkan gaya elegan si pemakainya. Kepada yang masih tidak tahu, OPPO F5 sebelum ini hanya ditawarkan dalam Dashing Blue (bersempena Hari Kekasih), Emas dan juga Hitam sahaja.

OPPO F5 Edisi Merah boleh dibeli di Kedai Konsep OPPO di seluruh negara dan juga secara atas talian bermula hari ini.

You might also like