Digi Kini Bebas Ber-Internet – Tiada Halangan Lagi

(Tengah) Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat

Digi, telco dengan warna rasmi kuning ini telah melancarkan rangka baharu pelan Internet mereka dengan menawarkan pelbagai kelebihan untuk melayari Internet. Menggunakan tagline Freedom to Internet, Digi kini memudahkan para pengguna untuk menggunakan kuota mereka untuk apa jua, termasuk Muzik, Video, Permainan dan Perantauan secara bebas.

Untuk Music Freedom, Digi akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang sudah melanggan melebihi enam bulan dengan 5GB data untuk menstrim muzik setiap bulan, ia boleh digunakan pada aplikasi Spotify, JOOX, dan Smule lantas menggantikan ganjaran 1GB yang diberikan sebelum ini.

Mesin pembayaran automatik baharu

Manakala, Video Freedom pula membawakan aplikasi premium Viu untuk diakses oleh pengguna. Pelanggan hanya perlu membayar RM5 sebulan bagi mendapatkan 5GB data khusus untuk menonton video. Viu adalah sebuah platfom untuk menonton rancangan TV tempatan termasuk rancangan Korea dengan kualiti definasi penuh (HD). Sementara, aplikasi iFlix dan Tonton akan turut ditawarkan pada masa hadapan.

Antara permainan mudah alih dan komputer yang ditawarkan

Selain itu, bagi memudahkan pelanggan, Digi memperkenalkan Gaming Freedom iaitu pelanggan pascabayar dan prabayar tidak perlu lagi kad kredit mahupun kad debit untuk membuat sebarang transaksi untuk membeli-belah didalam pelayar Steam dan Garena buat masa ini. Di samping itu, pelanggan juga boleh mengumpul kad isian semula League of Legend eksklusif di stor Digi bermula 1 Julai depan.

Perantauan anda tidak sah jika Roaming Freedom tidak diberikan, dengan itu, Digi menawarkan pakej perantauan kepada lebih enam negara termasuk Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Pelanggan juga boleh menggunakan kuota Internet mereka tanpa had dengan harga pelan yang rendah.

Stor fizikal Digi, Bukit Bintang

Pada masa yang sama, Digi juga memberikan kad isian semula PERCUMA bernilai RM50 kepada 1000 pelanggan pertama yang membuat pembelian kad isian semula RM100 di stor Digi Bukit Bintang sempena pembukaan baru cawangan tanpa kaunter itu.

You might also like