Aplikasi E-Dagang imSold! Mengembangkan Sayapnya Ke Vietnam

Setelah menempa kejayaan di Malaysia dengan hampir satu juta jumlah muat turun dan transaksi penjualan hampir RM10 juta, aplikasi jual beli atas talian imSold! kini akan memasuki pasaran negara lain. Pertama kali aplikasi ini dilancarkan adalah pada tahun 2015 dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan.

Segmen sasaran mereka adalah golongan muda dan imSold! akan terus mengembangkan lagi pasarannya di Malaysia walaupun ia diperluaskan di Vietnam. Antara barangan popular dijual di imSold! adalah pakaian, barangan, barang keperluan rumah dan barangan bayi. Pengalaman membeli atau menjual di imSold! adalah cepat, mudah dan percuma.

https://youtu.be/w5c3AANXTbM

Aplikasi ini juga diiktiraf sebagai salah satu daripada lima aplikasi tempatan yang terbaik oleh Google pada tahun 2016. Anda boleh memuat turun imSold! di Google Play atau App Store sekarang.

Cepat! Muat turun imSold! dan mula membeli atau menjual hari ini.

You might also like