
PUBG Mobile Club Open SEA League 2019 Diperkasakan Oleh Peranti Dari Vivo
Diperkasakan oleh jenama peranti pintar terkemuka dunia, Vivo, pasukan terbaik PUBG dari Asia Tenggara termasuklah RRQ Athena dari Thailand yang merupakan juara global PUBG MOBILE Star Challenge 2018 memulakan perlawanan mereka di dalam PUBG MOBILE Club Open SEA League 2019 (PMCO 2019 SEA League) yang bermula dari 8 Mei 2019.
Pasukan-pasukan yang bertanding ini bukan hanya merebut ‘Winner-winner chicken dinner’ tetapi juga USD 2.5 juta yang menjadi hadiah utama bagi pertandingan ini.
Kerjasama bersama Vivo ini pastinya memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih terbaik kepada pemain dan peminat.
Bagi pertandingan kali ini, pemain akan menggunkan V15 Pro dengan 8GB RAM bagi memberikan prestasi gaming terbaik. Dilengkapi dengan Multi-Turbo Engine yang pastinya memberikan prestasi optimum ketika bermain dalam keadaan yang tegang.
Ia mengabungkan Multi-Turbo Engine Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo, AI Turbo dan Game Turbo dalam memberikan prestasi terbaik. Dengan paparan Ultra FullView menambahkan lagi keterujaan pemain ketika menewaskan pihak lawan.
PMCO 2019 SEA League akan melaksanakan 5 perlawanan setiap hari dalam tempoh 5 minggu. Terdapat 20 pasukan dari finalis kebangsaan dan 4 pasukan wildcard yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. 4 pasukan yang menduduki ranking teratas akan layak untuk memasuki PMCO 2019 SEA League Grand Finals.
PMCO 2019 akan sampai ke kemuncak pada Julai ini yang mana 16 pasukan akan bertarung dalam Spring Split Global Finals di Berlin, Jerman.
PMCO 2019 Spring Split bakal bermula Mac ini dengan lebih dari 30000 pasukan dari seluruh dunia ebertarung dalam game kelayakan bagi mendapatkan tempat di Spring Split Group Stage bagi negara masing-masing.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PMCO 2019, anda boleh klik di sini.
____________________________
Baca juga:
- vivo Y17 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999 – Ketersediaan Bermula 11 Mei 2019
- Siti Nurhaliza Dilihat Mengambil Gambar Swafoto Menggunakan Vivo V15 Pro, Netizen Memuji Hasil Gambar…
- Lensa Sudut Ultra Lebar vivo V15 Pro Beri Kepuasan Bergambar Tanpa Batas! Memang Puas!
- vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Boleh Dibeli Mulai 20 April – Berharga RM1,899
- Reviu Eksklusif : vivo V15 Pro – Peranti Cantik Luar Dan Dalam, Pasti Buat…