Hari Teknologi Rangkaian Celcom 5G , Pamer Kelebihan 5G Kepada Pengunjung

Bersempena dengan Hari Teknologi Rangkaian  pada 30 April lalu, Celcom telah memperkenalkan servis 5G dan ibu pejabatnya yang dinamakan @celcom di Petaling Jaya Sentral.

Memancu inovasi 5G dan mempamerkan sekilas pandang rangkaian masa hadapan di @celcom’s ‘5G Innovation Hub’, beberapa aplikasi 5G dipamerkan dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ketika majlis pelancaran, 2 buah peranti 5G telah di bawa dari Shenzen, China dan telah digunakan untuk membuat panggilan 5G antara Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi dan Ketua Pegawai Jaringan Celcom, Yap Chee Sun.

1 lagi inovasi 5G yang telah dipertontonkan adalah 5G facial recognition application bagi kawalan akses putar (turnstile access control) yang mana ia disambungkan dengan database server menerusi 5G.

Kebanyakkan demostrasi yang dipamerkan menggunakan 5G Fixed Wireless Access (FWA) seperti real-time Virtual Reality, 5G face bagi facial recognition application dan 360 degrees live video feed.
Showcase ini juga turut menyediakan booth bagi memberikan maklumat, demostrasi dan pelbagai lagi aktiviti.

You might also like