
Pilihan Warna Hitam Berkilat Kini Di Huawei P10 Plus

Ketika dilancarkan pada bulan Februari yang lalu, Huawei P10 Plus didatangkan dalam pilihan warna Arctic White, Greenary, Dazzling Blue, Graphite Black, Prestige Gold, Rose Gold, dan Moonlight Silver. Hari ini, Huawei mengumumkan mereka akan mengeluarkan warna baharu yang dipanggil “Bright Black”, kemasan berkilau disamping warna kesat yang terdahulu.
Huawei P10 Plus yang dipadankan bersama skrin 5.5 inci 2K dikuasakan oleh pemproses HiSilicon Kirin 960 octa-core 2.3GHz serta RAM sebanyak 6GB dan storan seluas 128GB. Fungsi dwi kamera Leica membekalkan sensor 12MP dan 20MP yang menyokong gambar monochrome. Sementara kamera depan, Huawei meletakkan sensor 8 Megapiksel mampu merakam gambar efek bokeh. Menggunakan bateri berkapasiti 3,750mAh peranti ini juga dioperasikan dengan Android Nougat terus dari kotak.
Huawei P10 Plus “Bright Black” akan dijual di China melalui laman e-dagang Vmall, JD.com, Suning.com dan Tmall pada harga CNY4,888 (lebih kurang RM3,147) seunit.

