Reviu Eksklusif: Huawei P10 Plus, Peranti Pertama Menggunakan Kamera Depan Leica

HARGA: RM3,099

Walaupun Huawei P10 Plus menerima kelewatan di pasaran tempatan berbanding barisan siri P yang lain, tetapi kehadiran P10 Plus sememangnya lebih istimewa. Selain menawarkan spesikfikasi yang lebih tinggi seperti paparan, RAM dan storan secara amnya, keupayaan pada lensa kamera dengan teknologi canggih diperlihatkan satu tarikan menarik kepada golongan kaki gambar. Oleh itu, kami ingin membawa kepada anda reviu pada kamera Huawei P10 Plus, bagaimana keupayaannya? Cukup baik? Semak dengan mata sendiri!

Spesifikasi

 

  • Sistem Operasi: Android Nougat 7.0
  • Sistem UI: EMUI 5.1
  • Cipset: Hisilicon Kirin 960 64 bit
  • CPU: Octa-core (4x 2.4GHz Cortex-A73 + 4x 1.8GHz Cortex-A53), 16nm FFC
  • GPU: ARM Mali-G71 MP8
  • RAM: 6GB
  • ROM: 128GB
  • MicroSD: Sehingga 256GB
  • Skrin: 5.5 inci IPS-NEO LCD, 2.5D Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera Utama: 20MP (Monokrom) + 12MP (RGB), f/1.8 aperture
  • LEICA SUMMILUX-H 1:1.8/27 ASPH
  • LEICA Dual Camera 2.0 Pro Edition
  • Kamera Depan: 8MP f/1.9 Leica
  • Flash: Dual Tone LED
  • Auto Focus: PDAF + CAF + Laser AF + Depth AF
  • Rakaman Video: UHD 4K (16:9, Stereo)
  • Bluetooth: v4.2
  • WiFi: 802.11 a/b/g/n/ac<
  • NFC: √
  • LTE: 4.5G
  • Bateri: Li-Ion 3750mAh, Huawei SuperCharge
  • USB: v2.0 Type-C 1.0
  • Warna: Dazzling Gold/Graphite Black

 

Kotak Pembungkusan

  1. Kotak pembungkusan dibuka di bahagian depan (seperti buku)
  2. Sarung pelindung lutsinar
  3. Huawei P10 Plus + skrin pelindung plastik (siap dipasang)
  4. Buku manual
  5. Kabel USB Type-C
  6. Adapter pengecas Huawei SuperCharge
  7. Set fon telinga
  8. SIM ejector

 

Rekaan Luar

▲ Sudut bucu yang lebih bulat pada P10 Plus, manakala sudut bersegi pada P9 Plus.

 

▲ Bahagian depan P9 Plus nampak lebih ringkas, sementara P10 Plus tersedia dengan pengimbas cap jari di butang Home.

 

▲ Bahagian belakang P9 Plus dibekalkan dengan pengimbas cap jari jenis biometrik, P10 Plus pula hadir dengan rekaan yang lebih kemas dan warna kesat (mati).

 

▲ Sisi kanan menyediakan kedudukan yang sama iaitu butang volume dan butang Power pada kedua-dua peranti.

 

▲ Sisi kiri sama juga pada kedua-dua peranti, iaitu 1 slot sim Nano dan slot hibrid (sim 2 + kad micoSD sehingga 256GB).

 

▲ Bahagian bawah lebih kemas pada P10 Plus tanpa lubang skru dan lubang speaker lebih kecil.

 

▲ Kedudukan IR Blast adalah sama manakala kedudukan microfon pada P10 Plus telah dialihkan ke sebelah kanan berbanding P9 Plus yang berada di sebelah kiri.

 

Keistimewaan Lensa Kamera!

Huawei P10 Plus ini menerima kehadiran dwi-kamera belakang dari Leica malah yang pertama di dunia menggunakan lensa Leica pada kamera depan. Fungsi 3D Facial ini menyerlahkan lagi swafoto, jika ingin berswafoto dengan rakan-rakan tidak perlu risau kerana lensa kamera depan secara automatik akan bertukar kepada mod wide angle supaya wajah rakan-rakan anda tidak terkecuali. Menyokong rakaman video 4K dan penstabilan imej OIS, menjadikan video lancar dan tidak bergegar.

 

Semak Hasil Gambar!!!

▲ Fungsi hibrid zoom jelas sekali tidak menjejaskan gambar dan tulisan yang diambil.

 

Air yang dipancutkan boleh dilihat secara terperinci

 

Gambar hitam putih dari lensa Leica ini antara yang terbaik dalam kelasnya

 

Subjek kelihatan agak kabur di atas dan bawah dalam mod wide aperture

 

Gambar pada waktu malam agak terang walaupun pencahayaan yang agak terhad

 

Kamera depan Leica ini mempunyai fungsi mod potrait, oh hensem ya…

 

Fungsi Lain Pada Huawei P10 Plus…

EMUI 5.1

EMUI 5.1 ialah paparan antaramuka terbaru oleh Huawei, kemaskini ini tidak banyak beza dengan EMUI 5.0. Pembaharuan ini lebih teratur dan lancar supaya penggunaan tenaga yang lebih efisyen.

Fungsi tambahan pada UI terbaru ini hadir dengan fungsi Off Screen pada butang Home:-

  • sekali sentuh untuk kembali
  • sentuh lama untuk kembali ke Home Screen
  • sentuh dan selak ke kanan untuk membuka Multi-Tasking

 

Permainan Video

Permainan Video dapat dibuka dengan pantas, grafik yang tidak kasar serta lancar tanpa tersekat-sekat. Prestasi semasa bermain dikira agak baik dan memuaskan.

 

Ketahanan Bateri

Selain itu, kapasiti bateri ditambah baik dengan 3750mAh iaitu lebih besar berbanding model terdahulu P9 Plus. Ia turut hadir dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge dengan sokongan output 5V2A / 4.5V5A / 5V4.5A (22.5W).

Turutan gambar masa dan peratus bateri yang naik

 

Ujian Benchmark

Antara perbezaan ujian benchmark Huawei P10 Plus berbanding iPhone 7 Plus

 

ULASAN…

Tidak dinafikan lagi bahawa penampilan fizikal terutamanya untuk model Huawei P10 Plus tidaklah begitu ketara perbezaannya berbanding generasi sebelumnya. Namun begitu, pembaharuan paling ketara yang dapat dilihat adalah kedudukan sensor pengimbas cap jari dengan fungsi Smart Touch yang kini terletak di panel depan.

Dari segi kemampuan kamera pula, boleh dikatakan sangat cantik dan awesome setanding kamera pada iPhone 7 Plus. Di samping itu, fungsi Zoom Hibrid pada peranti ini tidak menjejaskan perincian gambar yang diambil, walaupun kamera yang dibangunkan tidak mempunyai optical zoom lens yang terdapat pada iPhone 7 Plus.

 

You might also like