Samsung Memperlihatkan Video Teaser Pertama Galaxy Note 8

Kepada peminat siri ‘Note’, penantian anda semakin berakhir apabila Samsung telah memuat naik sebuah video teaser pertama untuk Galaxy Note 8. Apa yang dapat dilihat daripada video teaser ini, Samsung bakal menawarkan inovasi terkini dengan teknologi yang mustahil ada pada telefon pintar hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=dIJ45mImgqc

Samsung juga menampilkan rekaan ikon seumpama Samsung Galaxy S8, yang mana menyokong rekaan bezel nipis dengan teknologi Infinity Display. Malah ia juga hadir dengan sebuah S-Pen yang menjadi keunikan pada siri ‘Note’. Nantikan maklumat terkini mengenai pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 8 yang akan berlangsung pada 23 Ogos 2017, di New York.

You might also like